'
Saya memerhatikan dua org lelaki yang sedang asyik memilih baju kemeja yang tergantung di butik berjenama mewah itu. Dua lelaki yang amat berbeza fizikalnya tetapi saya lebih tertarik untuk melihat kepada lelaki yang agak pendek atau rendah itu. Dia cukup pandai memilih kemeja yg sesuai dgn fizikalnya, malah punya citarasa yang bagus.''...Kadang-kadang dipanggilnya pembantu jualan, bertanyakan sesuatu dgn mesra. Beberapa ketika gadis pembantu jualan itu tergelak manja. Emmm pandai betul dia berkata-kata.'
'...Seorg lagi orgnya agak tinggi. Sedari tadi saya lihat dia hanya memegang 3 helai baju kemeja yg dirasakan sesuai untuknya. Diacukan kepada tubuhnya, kemudian memanggil gadis pembantu jualan. Apa yg pasti ialah setiap kali gadis pembantu jualan itu menghampirinya dia kelihatan gabra. Lelaki itu kelihatan malu-malu menunjukkan kemeja yang dipegangnya, hanya sebentar gadis pembantu itu berlalu tanpa sebarang reaksi. Emmm.. lelaki yang tak pandai mengambil hati wanita.'Cuba kita renungkan situasi kat atas tu yang dipetik dari satu
magazine yang agak popular kat negara kita ni. Apa yang korang dapat dari situasi tu?
Mungkin...
1 - Fizikal seseorg tu sebenarnya bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan bila dia (si abg pendek) tau apa yang dia inginkan, malah dia mungkin lebih berkeyakinan dengan diri sendiri.
2 - Dia tidak kekok bila berdepan dgn wanita, dia kelihatan rileks, cool dan begitu peramah serta meninggalkan kesan. Dia tau apa yang perlu, bila masanya dan bagaimana.
So, dalam sesuatu perhubungan adakah rupa paras, bentuk fizikal atau penilaian akademik perlu menjadi keutamaan? Cantik, tinggi, rendah, gemuk, kurus, bijak dan pandai sebenarnya sumtin yang bersifat subjektif. Yang bermaksud, penilaian seseorang itu terhadap sesuatu sebenarnya tidak sama.
Pada aku apa yang perlu dalam sesuatu perhubungan - persahabatan, percintaan or apa saja, yang penting ialah keikhlasan kita dan bagaimana cara kita untuk menerima kekurangan serta menghormati kelebihan rakan, kapel kita tu. Kadang-kadang kalau cantik or hensem berbadan tegap n sasa tak semestinya menyenangkan hati.
Dalam satu artikel yang pernah aku baca ada satu kenyataan berbunyi 'Wanita tinggi gemar berpasangan dengan lelaki pendek atas faktor kemaskulinan dan kejayaan. Ia juga dilihat unik dan mencuri perhatian. Wanita berbangga apabila mendapat perhatian serupa itu.'
Apapun itu sebenarnya adalah berdasarkan kepada taste masing masing. Apa yang perlu kita tahu bahawa setiap orang di dunia ini dijadikan berpasangan, korang perati la kat sekeliling korang. Setiap pasangan itu sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain, dan itu yang membuatkan mereka lebih cantik, sasa dan tegap.
'
Good things come in small packages'
Apa yang nak aku tekankan sebenarnya ialah...
- berkawan biarlah sejuta... janganlah nak memilih kawan berdasarkan kategori, tapi karakter dorang.
- terima mereka seadanya, jgn membandingkan mereka dgn satu sama lain samada secara fizikal, harta benda atau pun kelulusan.
So, renung-renungkan lah.... Ramai dari kita kat ruang sembang, bila kawan tunjukkan gambar then tgk dia bersaiz besar terus diamkan diri, sama je lelaki dgn pompuan ni.
Tepuk dada, tanya selera!