Friday, February 13, 2009

korang semua kawan aku!

true friend brings out the best to each other...




'Saya memerhatikan dua org lelaki yang sedang asyik memilih baju kemeja yang tergantung di butik berjenama mewah itu. Dua lelaki yang amat berbeza fizikalnya tetapi saya lebih tertarik untuk melihat kepada lelaki yang agak pendek atau rendah itu. Dia cukup pandai memilih kemeja yg sesuai dgn fizikalnya, malah punya citarasa yang bagus.'

'...Kadang-kadang dipanggilnya pembantu jualan, bertanyakan sesuatu dgn mesra. Beberapa ketika gadis pembantu jualan itu tergelak manja. Emmm pandai betul dia berkata-kata.'

'...Seorg lagi orgnya agak tinggi. Sedari tadi saya lihat dia hanya memegang 3 helai baju kemeja yg dirasakan sesuai untuknya. Diacukan kepada tubuhnya, kemudian memanggil gadis pembantu jualan. Apa yg pasti ialah setiap kali gadis pembantu jualan itu menghampirinya dia kelihatan gabra. Lelaki itu kelihatan malu-malu menunjukkan kemeja yang dipegangnya, hanya sebentar gadis pembantu itu berlalu tanpa sebarang reaksi. Emmm.. lelaki yang tak pandai mengambil hati wanita.'


Cuba kita renungkan situasi kat atas tu yang dipetik dari satu magazine yang agak popular kat negara kita ni. Apa yang korang dapat dari situasi tu?

Mungkin...

1 - Fizikal seseorg tu sebenarnya bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan bila dia (si abg pendek) tau apa yang dia inginkan, malah dia mungkin lebih berkeyakinan dengan diri sendiri.

2 - Dia tidak kekok bila berdepan dgn wanita, dia kelihatan rileks, cool dan begitu peramah serta meninggalkan kesan. Dia tau apa yang perlu, bila masanya dan bagaimana.

So, dalam sesuatu perhubungan adakah rupa paras, bentuk fizikal atau penilaian akademik perlu menjadi keutamaan? Cantik, tinggi, rendah, gemuk, kurus, bijak dan pandai sebenarnya sumtin yang bersifat subjektif. Yang bermaksud, penilaian seseorang itu terhadap sesuatu sebenarnya tidak sama.

Pada aku apa yang perlu dalam sesuatu perhubungan - persahabatan, percintaan or apa saja, yang penting ialah keikhlasan kita dan bagaimana cara kita untuk menerima kekurangan serta menghormati kelebihan rakan, kapel kita tu. Kadang-kadang kalau cantik or hensem berbadan tegap n sasa tak semestinya menyenangkan hati.


Dalam satu artikel yang pernah aku baca ada satu kenyataan berbunyi 'Wanita tinggi gemar berpasangan dengan lelaki pendek atas faktor kemaskulinan dan kejayaan. Ia juga dilihat unik dan mencuri perhatian. Wanita berbangga apabila mendapat perhatian serupa itu.'

Apapun itu sebenarnya adalah berdasarkan kepada taste masing masing. Apa yang perlu kita tahu bahawa setiap orang di dunia ini dijadikan berpasangan, korang perati la kat sekeliling korang. Setiap pasangan itu sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain, dan itu yang membuatkan mereka lebih cantik, sasa dan tegap.

'Good things come in small packages'

Apa yang nak aku tekankan sebenarnya ialah...

- berkawan biarlah sejuta... janganlah nak memilih kawan berdasarkan kategori, tapi karakter dorang.

- terima mereka seadanya, jgn membandingkan mereka dgn satu sama lain samada secara fizikal, harta benda atau pun kelulusan.

So, renung-renungkan lah.... Ramai dari kita kat ruang sembang, bila kawan tunjukkan gambar then tgk dia bersaiz besar terus diamkan diri, sama je lelaki dgn pompuan ni.


Tepuk dada, tanya selera!



9 comments:

purple AngEL said...

thanx daydreamer
i like ur post so much
mmg btul pun ape yg u ckp~~
i pun xfhm nape org mesti tgk pd luaran
yang penting hati budi :)

Day Dreamer said...

hi purple angel,

actually banyak menda yg berlaku di luar kesedaran kita, once kita notice it ianya dah terjadi. at that time kita tak sure apa patut kita buat. banyak sgt camtu actually. :)

purple AngEL said...

aah
its the same thing dat happens to me everytime i wanna make frens~~

pOcet said...

wahhhh, betol3......
saya pun setuju.....huhuhu
org kite ni byk tgok luaran je...
nobody is perfect maaa......

purple AngEL said...

sape pocet ni hihihi neway thanx 4 comment n drop by:)

Day Dreamer said...

hi 'adik' pocet,

thanx sbb komen, anyway sikap manusia actually sama je, semua nk pilih yg cantik n hensem. cumanya kita ni as manusia cuma tgk pada 'kulit' aje bukan pada 'isi'.

ermmm...pandai plak cik fara komen kt sini ekkk...

:)

purple AngEL said...

huhu day dreamer~~hai neway i juz know sumthing bout u~~
all this time i tot u r a gurl huhu~~sorry really2 dunno~~huhu neway i like to read ur blog~~to me the way u write so creative n chumelz huhu~~

Day Dreamer said...

erk....
sapa la yang pecahkan rahsia identiti tu....mesti si pocet nih.

i prefer to use a nickname which cannot show my identity. tq

purple AngEL said...

huhu ala ape slhnye~~

Post a Comment