Sunday, January 4, 2009

CeRiTa LUcU ( Kah Kah KAh)


huhu tgh2 aku surf internet aku terbuka satu website ni penuh ngan citer2 lawak ..so aku pun nk share la dgn korunk sume..hope korunk sume enjoy spai pecah perut huhu..=D


Akhir Dari Sebuah Pertengkaran

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"


Mimpi Seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...


3 Anak Pengusaha Minyak

Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.

Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."

Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."

Budak 1 Budak 2 : "??????"


Salah Tafsiran

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".


Bilik No.27

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.

Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.

"Bagus sekali!" kata lelaki tersebut.
"Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!"


Ganti Pakaian

Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.

"Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..."

"Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.

"Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."


Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Mata ku terpaku pada kubah masjid, kagum dan jari jemari ku sedikit mengigil kerana rasa kagum yang amat sangat. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah...

"Berapa lama engkau tak ke masjid!!?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Dia orang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah," sambung abah lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia ketawakan aku. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Kenapa perempuan Melayu senang kena rasuk

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...

kekekeekeeee. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara tahyul... ..pi buat keja cepat.....


Kentut Yang Tak Boleh Di Tahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!"

Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"

0 comments:

Post a Comment